PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Saturday, October 3, 2015

X-TIVAL PPDa 2015

3 OKTOBER 2015: SK Taman Seroja menerusi Unit PPDa sekolah telah mengadakan X-Tival PPDa yang merupakan julung-julung kalinya diadakan secara terbuka. Ia merupakan ekspo dan pameran yang mengetengahkan agensi-agensi berkaitan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, alkohol dan inhalan. Selain itu ia bermatlamatkan untuk membasmi aktiviti kurang sihat dengan menghisap rokok serta terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral yang membawa kepada HIV. 

Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi di mana acara senamrobik yang dikelolakan oleh DJ Jamaluddin sekitar 30 minit. Kehadiran pengunjung dalam kalangan murid, ibu bapa dan masyarakat setempat sangat menggalakkan. Sejurus itu, ceramah anti dadah telah diadakan di dewan terbuka yang disampaikan oleh pihak AADK. Dalam pada itu, aktiviti berwarna dan melukis poster telah dijalankan serentak di dua tempat berbeza. 

Acara seterusnya adalah acara perasmian oleh Pengarah Polis IPD Sepang pada jam 11.00 pagi. Sejurus itu semua tetamu kehormat dan para pengunjung telah dibawa ke padang sekolah untuk sesi demonstrasi pengesanan dadah oleh anjing yang terlatih. Program berakhir pada jam 1.00 petang dengan majlis jamuan makan tenagh ahri di kantin sekolah.













No comments:

Post a Comment

Sekilas @ PPDa