PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Wednesday, September 9, 2009

Taman PPDa







Terima Kasih kepada semua agensi yang terlibat lebih-lebih lagi AADK DAerah Sepang - En Fazil dan En Iswandi ,Polis Diraja Malaysia Daerah Sepang wakilnya adalah En.Shawal Pegawai Perhubungan Luar , Syarikat Gerak Ikhlas , bosnya adalah Tn.Hj Safri yang banyak menyumbang mewujudkan Taman dan membina serta menyumbang keperluan Taman PPDa , Juga yang menyumbang adalah Majlis Perbandaran daerah sepang memberi serba sedikit bunga-bungaan.Terima Kasih dari pihak kami .






Tidak lupa juga kepada sekolahAgama Integrasi Baitul Hikmah ,menyumbang mural di Taman PPDa, Dan terima Kasih tidak terhingga kepada semua guru yang memberi sokongan saling melengkapkan taman , lorong dan laman PPDa sekolag.Jasa kalian dipanjatkan kepada Allah semoga kalian dicucuri rahmat atas keikhlasan membantu mendidik generasi membenci dadah melalui ProgramPPDa.

Taman PPDa


Hasil Seni Guru Praktikum : En.Hanif dan En Khalil dari Ints. Perguruan Bangi.Mereka amat komited dalam menghasilkan mural . Dan kami amat berterima kasih atas usaha mereka. Semoga mereka akan keluar menjadi guru yang cemerlang. Bagi kami Pihak PPDa sekolah amat menghargai semua guru praktikum yang membantu mewujudkan laman PPDa sekolah.

Sunday, August 16, 2009

PPDa Corner/ Laman PPDa/ Taman PPDa




























Menjadi Tanggungjawab kami untuk menyebarkan maklumat PPDa .. agar dapat melahirkan generasi Bebas Dadah 2020. Murid-murid SK TAman Seroja adalah Generasi yang kami sasarkan Bebas Dadah..

pENDIDIKAN Pencegahan Dadah










Kumpulan Boria SK Taman Seroja merupakan sebuah kumpulan yang mantap dari segi penyampaian dan persembahan . Merupakan sejarah yang bernilai bagi kami Unit Bimbingan Dan Kaunseling kerana kumpulan Boria Sk Taman Seroja sering menggondol kejuaraan setiap kali bertanding. Bukan untuk rasa bermegah tetapi terharu dengan kerjasama yang diberi oleh semua murid yang terlibat dalam kumpulan Boria ini.Mereka begitu bersemangat tinggi dan saling bekerjasama. Kumpulan Boria ini sering mendapat tempat pertama di Peringkat Daerah dan mendapat tepat ke tiga di dalam peringkat Negeri.






Walaupun hanya mendapat tempat ke tiga di Peringkat negeri, kami tetap berpuas hati kerana membawa nama daerah Sepang. Hanya kerana kesilapan penyampaian solo... tidak bermakna kami berputus asa..jika dinilai dari persembahan dan lagu... ada rezeki tetapi ...ketentuan milik ALLAH... tengok aje pakaian kumpulan Boria ini.... apa yang dapat digambarkan ..........kepuasan ... Insyaallah.. jika ada keizinan dan keupayaan... kami teringin membawa nama daerah Sepang ke Peringkat Kebangsaan. Bagi Tahun 2008 terima kasih kepada Adik Nor Fatiha Kamaruddin penyanyi solo kumpulan Boria kerana telah mencuba sedaya upaya. Apa yang paling berharga bagi kami di UBK , keyakinan diri yang ada didalam diri telah dapat dicari oleh adik Nur Fatihah sendiri. Keupayaan, kemampuan serta dapat mengatasi sifat malu akhir lahirlah Adik Norfatiha yang berkeyakinan dan sentiasa bermotivasi. Begitu juga ahli kumpulan ... diantara ahli kumpulan ini ,ramai yang tidak percaya akan bakat dan kebolehan mereka..dari seorang pemalu , keras gerak laku , tidak berkeyakinan akhirnya dapat diterobos oleh mereka bahawa mereka sebenarnya boleh. Dan sekarang mereka bakal menghadapi UPSR .. mereka adalah antara yang bakal mencipta keputusan cemerlang UPSR..... DOA KAMI ...MOGA ANDA BERJAYA .






Wednesday, July 29, 2009

Laman PPDa untuk SKTS



bagi membantu bakal-bakal pewaris negara , saya telah bersama-sama dengan pihak sekolah Kebangsaan TAman Seroja berganding bahu mewujudkanPPDa Corner iaitu Pendidikan Pencegahan Dadah .. bagi mendidik generasi baru ini ke arah sifar dadah ... melahirkan masyarakat era 2020 bebas dadah. Dengan kerja sama erat para guru dan pentadbir akhirnya Corner PPDa berjaya diwujudkan

Remaja Masa Kini

Assalamualaikum.

Remaja Masa kini berada dalam suasana yang begitu mencabar dan terlalu ingin mencuba. Remaja juga dilihat sering menimbulkan suasana keliru dalam penambpilan diri mereka kerana mereka tidak pasti arah serta halatuju yang sebenar untuk dijadikan panduan.Oleh itu sebagai guru bimbingan dan kaunseling , guru disiplin, guru matapelajaran atau sesiapa saja bergelar guru , tenaga pengajar , masyarakat agar sering membantu remaja menjalani kehidupan serta pancaroba dengan bimbingan serta ketetapan halatuju diri. Keluarga memainkan peranan penting dalam mengawal tingkah laku remaja agar mereka dapat dibimbing menjadi remaja yang berkualiti .

Kecelaruan dan tiada penetapan halatuju menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling dan mereka merasa seronok untuk mencuba pelbagai perkara. Kerana mereka beranggapan masyarakat tidak endah , keluarga tidak kisah , guru tidak tahu... . Jadi apakah peranan kita dalam membimbing remaja ini..?Tidak perlu kita mengatakan guru tidak mengajar.. ibubapa cuai .. masyarakat tidak main peranan ... yang sebenarnya remaja yang membesar ini perlu bimbingan semua orang disekeliling mereka lebih-lebih lagi perhatian dari dalam keluarga sendiri.Ya .. perhatian bersifat nasihat , teguran , peringatan perlu dalam institusi kekeluargaan . Dalam masyarakat pula .. amalan menegur , menasihat , perlu dijadikan amalan ... bukan menyibuk tetapi membantu ... pada mereka yang alpa... dah tentu tugas guru bukan sahaja mendidik dan mengajar malah lebih dari itu...

terkadang tertanya ...mengapa mudah ibubapa melahirkan ungkapan.." apa saya nak buat cikgu.. dah anak saya macam tu.." "..Cikgu buatlah apa yang patut....." Entahlah saya tak tahu ".... ........

Bagi saya sebagai guru hanya boleh berkata kepada ibubapa yang begini .." MUDAHNYA JADI IBUBAPA SEPERTI KAMU ....Tak kan saya nak ajar jadi ibubapa pulak ...? (Dalam hati sje...)

Sekilas @ PPDa