PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Tuesday, October 1, 2013

Majlis Perasmian PPDa Tahun 2013

30 September 2013 - SK Taman Seroja telah melancarkan program Pendidikan Pencegahan Dadah bagi Tahun 2013. Program ini telah diserikan dengan kehadiran Cik Rina binti Harun selaku Ketua Biro Pendidikan UMNO Cawangan Sepang sebagai perasmi mewakili Tuan Shahrom bin Mohd Sharif selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dengkil yang tidak dapat hadir bersama pada hari itu.

Program ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, negeri Selangor dan lagu sekolah serta diakhiri dengan lahu tema PPDa. Program seterusnya diserikan dengan bacaan doa dan ikrar sebelum ucapan Guru Besar, Pn. Hjh. Noredzan binti A. Bakar yang membuat ucaptama kepada program ini.  Majlis seterusnya memberi laluan kepada perasmi untuk memberikan ucapan sebelum simbolik perasmian dilakukan. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan paluan kompang dan action song yang terdiri daripada anak-anak SKTS. Sebelum majlis bersurai, perasmi bersama tetamu undangan pada majlis itu iaitu wakil AADK dan PDRM cawangan Sepang diiringi oleh Puan Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG untuk melawat Lorong PPDa.












No comments:

Post a Comment

Sekilas @ PPDa