Kumpulan Boria SK Taman Seroja merupakan sebuah kumpulan yang mantap dari segi penyampaian dan persembahan . Merupakan sejarah yang bernilai bagi kami Unit Bimbingan Dan Kaunseling kerana kumpulan Boria Sk Taman Seroja sering menggondol kejuaraan setiap kali bertanding. Bukan untuk rasa bermegah tetapi terharu dengan kerjasama yang diberi oleh semua murid yang terlibat dalam kumpulan Boria ini.Mereka begitu bersemangat tinggi dan saling bekerjasama. Kumpulan Boria ini sering mendapat tempat pertama di Peringkat Daerah dan mendapat tepat ke tiga di dalam peringkat Negeri.
Walaupun hanya mendapat tempat ke tiga di Peringkat negeri, kami tetap berpuas hati kerana membawa nama daerah Sepang. Hanya kerana kesilapan penyampaian solo... tidak bermakna kami berputus asa..jika dinilai dari persembahan dan lagu... ada rezeki tetapi ...ketentuan milik ALLAH... tengok aje pakaian kumpulan Boria ini.... apa yang dapat digambarkan ..........kepuasan ... Insyaallah.. jika ada keizinan dan keupayaan... kami teringin membawa nama daerah Sepang ke Peringkat Kebangsaan. Bagi Tahun 2008 terima kasih kepada Adik Nor Fatiha Kamaruddin penyanyi solo kumpulan Boria kerana telah mencuba sedaya upaya. Apa yang paling berharga bagi kami di UBK , keyakinan diri yang ada didalam diri telah dapat dicari oleh adik Nur Fatihah sendiri. Keupayaan, kemampuan serta dapat mengatasi sifat malu akhir lahirlah Adik Norfatiha yang berkeyakinan dan sentiasa bermotivasi. Begitu juga ahli kumpulan ... diantara ahli kumpulan ini ,ramai yang tidak percaya akan bakat dan kebolehan mereka..dari seorang pemalu , keras gerak laku , tidak berkeyakinan akhirnya dapat diterobos oleh mereka bahawa mereka sebenarnya boleh. Dan sekarang mereka bakal menghadapi UPSR .. mereka adalah antara yang bakal mencipta keputusan cemerlang UPSR..... DOA KAMI ...MOGA ANDA BERJAYA .
No comments:
Post a Comment