PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Friday, September 27, 2013

Lawatan Jaringan Luar ke SBT SK Ibrahim

SK Taman Seroja melalui Kelab Guru dan Kakitangan telah mengadakan lawatan ke SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah dalam usaha menbina jaringan luar dengan pelbagai pihak. Lawatan ini telah berlangsung pada 22 September 2013 dengan berobjektifkan untuk saling bertukar pandangan mengenai pengurusan sekolah termasuk dalam hal ehwal kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum di mana SK Ibrahim telah dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada Tahun 2012. Dalam lawatan ini juga delegasi SKTS ini telah mengambil peluang untuk memperkenalkan Unit PPDa SKTS kepada tuan rumah dengan membawa mesej 'Dadah Musuh Negara' di mana mesej ini juga adalah kesinambungan daripada visi dan misi PPDa di peringkat nasional. Diharapkan dengan program seperti ini, pelbagai maklumat akan diperolehi selain hubungan kerjasama daripada satu misi dan matlamat yang sama di peringkat sekolah.


Bergambar kenangan bersama para pentadbir SKTS dan SKI dengan sepanduk PPDa yang dibawa khas oleh Penyelaras Unit PPDa SKTS.

No comments:

Post a Comment

Sekilas @ PPDa