PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Wednesday, September 25, 2013

Wajah Baharu Lorong PPDa

Bersempena dengan pencalonan lorong PPDa SKTS ke peringkat negeri Selangor, kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan telah dijalankan. Dengan  kerjasama pelbagai pihak, maka lorong PPDa sekolah telah berubah wajah. Lorong PPDa yang menjadi medan dan laluan yang menempatkan pelbagai info berkaitan pendidikan pencegahan dadah adalah bermula daripada ruang terbuka di bekalang kedai buku sekolah merentasi laluan koridor di sepanjang Pra-Sekolah 1, Bilik SPBT, belakang bilik persalinan sehingga laluan ke arah kantin sekolah. Taman PPDa yang terletak di belakang kantin juga dijadikan salah satu tempat untuk menyebarkan info-info berkaitan dadah kepada murid. Antara pihak yang bekerjasama dalam menyumbang idea dan tenaga adalah dalam kalangan guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SKTS umumnya. Dala pada itu, SKTS mendapat kerjasama daripada agensi-agensi berkaitan seperti AADK dan PDRM bahagian Narkotik. Penjurian dijadualkan pada 2 Oktober 2013 bersamaan hari Rabu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat respon positif daripada pegawai-pegawai yang hadir.




























No comments:

Post a Comment

Sekilas @ PPDa