PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Tuesday, October 1, 2013

Lorong PPDa Berubah Wajah

Bersempena dengan pencalonan Lorong PPDa SKTS ke peringkat negeri Selangor, kerja-kerja pemelihraan dan pemuliharaan telah dijalankan. Berbekalkan semangat kemenangan di tempat kedua negeri Selangor pada tahun 2009, Lorong PPDa sekolah kini berubah wajah. Dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk guru, murid, AADK dan PDRM cawangan Sepang serta individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, akhirnya Lorong PPD ceria dengan pelbagai informasi berkaitan pendidikan pencegahan dadah. Lorong PPDa sekolah ini mrentasi kawasan di belakang kedai buku sekolah dan bersambung di laluan kaki lima di hadapan bilik SBPT dan belakang bilik persalinan sehingga ke laluan arah kantin.orong PPDa juga merangkumi taman yang terletak di belakang kantin yang diceriakan dengan tema PPDa. Penjurian yang bakal berlangsung pada 2 Oktober ini diharapkan mendapat respon positif seterusnya layak mewakili negeris Selangor ke peringkat Kebangsaan.


















No comments:

Post a Comment

Sekilas @ PPDa