PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Wednesday, July 29, 2009

Laman PPDa untuk SKTS



bagi membantu bakal-bakal pewaris negara , saya telah bersama-sama dengan pihak sekolah Kebangsaan TAman Seroja berganding bahu mewujudkanPPDa Corner iaitu Pendidikan Pencegahan Dadah .. bagi mendidik generasi baru ini ke arah sifar dadah ... melahirkan masyarakat era 2020 bebas dadah. Dengan kerja sama erat para guru dan pentadbir akhirnya Corner PPDa berjaya diwujudkan

Remaja Masa Kini

Assalamualaikum.

Remaja Masa kini berada dalam suasana yang begitu mencabar dan terlalu ingin mencuba. Remaja juga dilihat sering menimbulkan suasana keliru dalam penambpilan diri mereka kerana mereka tidak pasti arah serta halatuju yang sebenar untuk dijadikan panduan.Oleh itu sebagai guru bimbingan dan kaunseling , guru disiplin, guru matapelajaran atau sesiapa saja bergelar guru , tenaga pengajar , masyarakat agar sering membantu remaja menjalani kehidupan serta pancaroba dengan bimbingan serta ketetapan halatuju diri. Keluarga memainkan peranan penting dalam mengawal tingkah laku remaja agar mereka dapat dibimbing menjadi remaja yang berkualiti .

Kecelaruan dan tiada penetapan halatuju menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling dan mereka merasa seronok untuk mencuba pelbagai perkara. Kerana mereka beranggapan masyarakat tidak endah , keluarga tidak kisah , guru tidak tahu... . Jadi apakah peranan kita dalam membimbing remaja ini..?Tidak perlu kita mengatakan guru tidak mengajar.. ibubapa cuai .. masyarakat tidak main peranan ... yang sebenarnya remaja yang membesar ini perlu bimbingan semua orang disekeliling mereka lebih-lebih lagi perhatian dari dalam keluarga sendiri.Ya .. perhatian bersifat nasihat , teguran , peringatan perlu dalam institusi kekeluargaan . Dalam masyarakat pula .. amalan menegur , menasihat , perlu dijadikan amalan ... bukan menyibuk tetapi membantu ... pada mereka yang alpa... dah tentu tugas guru bukan sahaja mendidik dan mengajar malah lebih dari itu...

terkadang tertanya ...mengapa mudah ibubapa melahirkan ungkapan.." apa saya nak buat cikgu.. dah anak saya macam tu.." "..Cikgu buatlah apa yang patut....." Entahlah saya tak tahu ".... ........

Bagi saya sebagai guru hanya boleh berkata kepada ibubapa yang begini .." MUDAHNYA JADI IBUBAPA SEPERTI KAMU ....Tak kan saya nak ajar jadi ibubapa pulak ...? (Dalam hati sje...)

Sekilas @ PPDa