Alhamdullillah........syukur akhirnya Taman PPda Sekolah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan peringkat negeri selangor 2009. Jika sebelumnya rasa macam serik untuk bertanding tetapi kini semangat kembali menguntum ... adalah hajat nak bawa nama PPDa sekolah ke tampat yang lebih layak.
Walau apapun, terima kasih kepada semua rakan guru yang membantu dalam diam atau nyata ..walau hanya sepatah ayat " teruskan" sebenarnya semua rakan guru membantu dalam menjayakan taman /lorong PPDa..lebih-lebih lagi pentadbir yang pening dan geleng kepala dengan penyertaan ini. Tapi ianya bukan sekadar bertanding , ia adalah untuk anak bangssa kita ..agar mereka mendapat ilmu tentang bahaya dadah... yang pasti saya sekadar dapat penat..namun pada Allah jua saya letakkan dan kembalikan... dan yang pasti Nama SK Taman seroja di sebut ,...siapakah pentadbirnya..? Pastilah anda yang bergelar pentadbir ......
Pada semua rakan guru , walau dengan hujung mata anda membantu, anda tetap telah menolong saya kerana hujung mata itu memberi semangat kepada saya... Terima Kasih tidak terhingga . Sesungguhnya saya sayangkan anda .
PPDa SKTS
PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.
Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.
Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.
Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.