Alhamdulillah. Seperti yang dijadualkan, pasukan pemantau mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang diketuai oleh Encik Sufian telah hadir membuat penilaian ke atas Lorong PPDa yang dicalonkan ke peringkat negeri sebelum ini. Kehadiran pemantau pada hari ini disambut oleh anak-anak SKTS yang sedia menunggu sedari awal sebelum mengiringi tetamu ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat ringkas oleh pihak sekolah. Tepat jam 8.45 pagi, sesi taklimat dipengerusikan oleh adik Asilah Harisha sebelum dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Tengku Muhammad Izzuddin. Seterusnya Puan Guru Besar memberikan kata-kata aluan dan selamat datang kepada pasukan pemantau dengan melahirkan rasa kesyukuran dan kebanggaan atas pencalonan yang memberi peluang kepada SKTS menunjukkan kecemerlangannya dari pelbagai segi dan aspek merentasi kurikulum dan kokurikulum. Ucapan seterusnya diberikan oleh Encik Sufian selaku ketua juri pada hari itu di mana beliau melahirkan rasa kekaguman di atas semangat yang ditunjukkan oleh SKTS terutamanya penyelaras Unit PPDa yang bertungkus lumus membuat persediaan untuk pemantauan ini. Sesi kemudiannya diteruskan dengan persembahan slaid yang memaparkan sejarah kewujudan PPDa SKTS dan program-program yang dikendalikan oleh Unit PPDa sekolah selama ini. Tepat jam 9.20 pagi, pasukan pemantau memulakan lawatan ke Lorong PPDa untuk membuat penilaian. Secara kesimpulan, SKTS diberi maklum balas akan adanya peluang untuk menembusi ke peringkat kebangsaan mewakili negeri Selangor. Bagaimana pun, ia terserah pada keputusan akhir. Apa yang diharapkan persediaan yang ada untuk pemantauan ini berterusan kekal sebagai medium pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah terutamanya bagi murid SKTS.
PPDa SKTS
PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.
Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.
Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.
Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.
Wednesday, October 2, 2013
Tuesday, October 1, 2013
Majlis Perasmian PPDa Tahun 2013
30 September 2013 - SK Taman Seroja telah melancarkan program Pendidikan Pencegahan Dadah bagi Tahun 2013. Program ini telah diserikan dengan kehadiran Cik Rina binti Harun selaku Ketua Biro Pendidikan UMNO Cawangan Sepang sebagai perasmi mewakili Tuan Shahrom bin Mohd Sharif selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dengkil yang tidak dapat hadir bersama pada hari itu.
Program ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, negeri Selangor dan lagu sekolah serta diakhiri dengan lahu tema PPDa. Program seterusnya diserikan dengan bacaan doa dan ikrar sebelum ucapan Guru Besar, Pn. Hjh. Noredzan binti A. Bakar yang membuat ucaptama kepada program ini. Majlis seterusnya memberi laluan kepada perasmi untuk memberikan ucapan sebelum simbolik perasmian dilakukan. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan paluan kompang dan action song yang terdiri daripada anak-anak SKTS. Sebelum majlis bersurai, perasmi bersama tetamu undangan pada majlis itu iaitu wakil AADK dan PDRM cawangan Sepang diiringi oleh Puan Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG untuk melawat Lorong PPDa.
Lorong PPDa Berubah Wajah
Bersempena dengan pencalonan Lorong PPDa SKTS ke peringkat negeri Selangor, kerja-kerja pemelihraan dan pemuliharaan telah dijalankan. Berbekalkan semangat kemenangan di tempat kedua negeri Selangor pada tahun 2009, Lorong PPDa sekolah kini berubah wajah. Dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk guru, murid, AADK dan PDRM cawangan Sepang serta individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, akhirnya Lorong PPD ceria dengan pelbagai informasi berkaitan pendidikan pencegahan dadah. Lorong PPDa sekolah ini mrentasi kawasan di belakang kedai buku sekolah dan bersambung di laluan kaki lima di hadapan bilik SBPT dan belakang bilik persalinan sehingga ke laluan arah kantin.orong PPDa juga merangkumi taman yang terletak di belakang kantin yang diceriakan dengan tema PPDa. Penjurian yang bakal berlangsung pada 2 Oktober ini diharapkan mendapat respon positif seterusnya layak mewakili negeris Selangor ke peringkat Kebangsaan.
Friday, September 27, 2013
Lawatan Ke AADK Bangi
Sebagai cara menjalinkan kerjasama dengan pihak luar, SK Taman Seroja diwakili oleh Puan Rohaiyah Jumin selaku Penyelaras PPDa sekolah telah berkunjung kep pejabat AADK cawangan Bangi. Kunjungan itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan PPDa di peringkat sekolah selain meminta sokongan bagi pelaksanaan PPDa melalui pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah. Diharapkan kerjasama ini dapat dikekalkan demi mencaai visi dan misi PPDa di peringkat nasional.
![]() |
Puan Rohaiyah Jumin selaku penyelaras PPDa SKTS bersama pegawai di AADK Bangi. |
Lawatan Jaringan Luar ke SBT SK Ibrahim
SK Taman Seroja melalui Kelab Guru dan Kakitangan telah mengadakan lawatan ke SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah dalam usaha menbina jaringan luar dengan pelbagai pihak. Lawatan ini telah berlangsung pada 22 September 2013 dengan berobjektifkan untuk saling bertukar pandangan mengenai pengurusan sekolah termasuk dalam hal ehwal kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum di mana SK Ibrahim telah dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada Tahun 2012. Dalam lawatan ini juga delegasi SKTS ini telah mengambil peluang untuk memperkenalkan Unit PPDa SKTS kepada tuan rumah dengan membawa mesej 'Dadah Musuh Negara' di mana mesej ini juga adalah kesinambungan daripada visi dan misi PPDa di peringkat nasional. Diharapkan dengan program seperti ini, pelbagai maklumat akan diperolehi selain hubungan kerjasama daripada satu misi dan matlamat yang sama di peringkat sekolah.
![]() |
Bergambar kenangan bersama para pentadbir SKTS dan SKI dengan sepanduk PPDa yang dibawa khas oleh Penyelaras Unit PPDa SKTS. |
Jalinan Bersama BSN Salak Tinggi Sepang...Program Menabung Adik Simpan Adik Senang..Hidup Sejahtera Tanpa Dadah
Wednesday, September 25, 2013
Wajah Baharu Lorong PPDa
Bersempena dengan pencalonan lorong PPDa SKTS ke peringkat negeri Selangor, kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan telah dijalankan. Dengan kerjasama pelbagai pihak, maka lorong PPDa sekolah telah berubah wajah. Lorong PPDa yang menjadi medan dan laluan yang menempatkan pelbagai info berkaitan pendidikan pencegahan dadah adalah bermula daripada ruang terbuka di bekalang kedai buku sekolah merentasi laluan koridor di sepanjang Pra-Sekolah 1, Bilik SPBT, belakang bilik persalinan sehingga laluan ke arah kantin sekolah. Taman PPDa yang terletak di belakang kantin juga dijadikan salah satu tempat untuk menyebarkan info-info berkaitan dadah kepada murid. Antara pihak yang bekerjasama dalam menyumbang idea dan tenaga adalah dalam kalangan guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SKTS umumnya. Dala pada itu, SKTS mendapat kerjasama daripada agensi-agensi berkaitan seperti AADK dan PDRM bahagian Narkotik. Penjurian dijadualkan pada 2 Oktober 2013 bersamaan hari Rabu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat respon positif daripada pegawai-pegawai yang hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)