PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Sunday, September 27, 2015

PROJEK LEBUHRAYA DALAM SEKOLAH

Pada 20 September 2015 (Sabtu), Lembaga Lebuhraya Malaysia telah hadir dalam menjayakan misi yang telah dimenterai bersama-sama SK Taman Seroja untuk membina sebuah projek 'Lebuhraya Dalam Sekolah' sebagai satu usaha pendidikan keselamatan jalan raya yang perlu diterapkan kepada murid seta seluruh warga sekolah. Ia juga sebagai usaha untuk membina pemahaman kepada warga sekolah untuk menggunakan jalan raya dengan berhemah dan berdisiplin.







Friday, September 18, 2015

SUMBANGAN PEMADAM

Pada 17 September 2015, SK Taman Seroja melalui Unit PPDa sekolah telah menerima sumbangan daripada PEMADAM berupa wang tunai. Ia merupakan simbolik kepada kerjasama erat antara pihak sekolah dan agensi itu melalui pelbagai program dan aktiviti yang dirancangkan mengikut keperluan sekolah dan murid-murid.



Thursday, September 17, 2015

PENGETAHUAN & PEMBABITAN BERKAITAN ROKOK DALAM KALANGAN MURID LELAKI



TAJUK KAJIAN TINDAKAN :
PENGETAHUAN & PEMBABITAN BERKAITAN ROKOK DALAM KALANGAN MURID LELAKI TAHUN 6, SK TAMAN SEROJA





KEBERKESANAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)



TAJUK KAJIAN TINDAKAN :
KEBERKESANAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) DALAM KALANGAN MURID PEREMPUAN TAHUN 6, SK TAMAN SEROJA

Terdapat 8 pernyataan berkaitan keberkesanan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan murid perempuan Tahun 6.

1. Saya tahu apa itu Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
2. Saya tahu lokasi Laluan PPDa sekolah saya
3. Saya pernah mengunjungi Laluan PPDa sekolah saya.
4. Ahli Sahabat PPDa sekolah saya kerap memberi maklumat berkenaan
    PPDa semasa perhimpunan sekolah.
5. Saya tahu Program PPDa sekolah meliputi aspek DARIH iaitu dadah,
    alkohol, rokok, inhalan dan HIV/AIDS
6. Saya mendapat banyak maklumat berkaitan dadah, alkohol, rokok,
    inhalan dan HIV/AIDS
7. Saya sering mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh Unit PPDa sekolah
8. Saya tahu penyalahgunaan dadah boleh dihindari melalui amalan gaya
    hidup sihat.



Rajah 1 : Analisa graf keberkesanan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan murid perempuan Tahun 6.


Sekilas @ PPDa