PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Sunday, August 16, 2009

PPDa Corner/ Laman PPDa/ Taman PPDa




























Menjadi Tanggungjawab kami untuk menyebarkan maklumat PPDa .. agar dapat melahirkan generasi Bebas Dadah 2020. Murid-murid SK TAman Seroja adalah Generasi yang kami sasarkan Bebas Dadah..

3 comments:

  1. KAK AYA.. KAK ELYA KEBUNTUAN IDEA UNTUK SIAPKAN SLIDE SHOW PPDA... HUHU..

    ReplyDelete
  2. Untuk Penilai PPDa le ... Get ready je le.. okey gak slide tu tapi muka aku tak de langsung tak ci..le macam la aku memerintah je..walhal siang malam buat keje.. bubuh le sikit-sikit muka aku ni...

    ReplyDelete
  3. Apapun mie tq le bebanyak sebab blog I dah berubah ... nak kena tuntut ilmu le ... nak bebbuka di rumah meh le..

    ReplyDelete

Sekilas @ PPDa