PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Tuesday, October 21, 2014

PERASMIAN TAMAN PPDa



Pada 20 Oktober 2014, Taman PPDa  telah dirasmikan sepenuhnya dalam majlis yang sederhana meriah. Upacara Perasmian Taman PPDa tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. Taman PPDa tersebut merupakan taman angkat bagi IPD Sepang di mana pelbagai bantuan dan tajaan telah disalurkan bagi menyediakan sebuah tapak dan lokasi yang menyediakan informasi-informasi berkaitan jenayah khususnya dalam masalah disiplin murid serta penggunaan alkohol dan penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dalam masayarakat. Ia juga merupakan proses jalinan yang bertujuan untuk memastikan danya kerjasama dari semasa ke semasa antara pihak polis dan sekolah bagi menangani masalah disiplin serta salah laku jenayah dalam kalangan murid. 



Monday, September 1, 2014

KARNIVAL PPDa SKTS 2014

SK Taman Seroja telah mengambil inisiatif untuk menagnjurkan Karnival PPDa melalui Unit PPDa. Ia bertjuan bagi menerapkan kefahaman kepada seluruh warga sekolah khussunya murid mengenai bahaya penggunaan dadah dalam kehidupan mereka. Program ini dijalankan pada 30 Ogos 2014 dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Agensi Anti Dadah cawangan Sepang, Universiti Kuala Lumpur cawangan Sepang dan sebagainya. Sasaran program ini adalah kepada seluruh warga sekolah khususnya dalam kalangan murid.













Tuesday, April 1, 2014

INHALAN?

Inhalan (Inhalansia) adalah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.

Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.

Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian sel otak. Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penagih inhalan yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal. Kadangkala inhalan ini turut digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.

Friday, March 14, 2014

HIV & AIDS


AIDS (bahasa Inggeris: Acquired immunodeficiency syndrome) or acquired immune deficiency syndrome (AIDS or Aids) is a collection of symptoms and infections resulting from the specific damage to the human immune system caused by infection with the human immunodeficiency virus (HIV),[1] the late stage of which leaves individuals prone to opportunistic infections and tumours. Although treatments for AIDS and HIV exist to slow the virus' progression, there is no known cure.

Cara-cara mengendalikan tekanan mental
Sebaik saja anda didiagnoskan dengan HIV positif, kesihatan fizikal bukan sahaja isu yang perlu dihadapi. Bersama dengan petanda sakit fizikal, setiap pesakit terpaksa menghadapi tekanan mental yang merosakkan kesihatan mental. Kesihatan mental merujuk kepada kesejahteraan seseorang dan merangkumi tingkah-laku, emosi dan fikiran,
HIV/AIDS akan membawa beberapa kesan terhadap hidup kamu dan saudara-mara kamu lebih-lebih lagi dari segi kesihatan mental kerana perubahan yang perlu dibuat dalam cara kamu hidup.
Kebanyakan orang yang menerima berita bahawa mereka dijangkiti HIV/AIDS akan merasa terkejut and sukar menerima hakikat ini. Adalah normal selepas menerima berita ini anda akan rasa takut, marah, atau, pada keseluruhan tidak percaya yang kamu boleh dijankiti HIV/AIDS. Selepas itu, anda akan merasa sedih, risau, dan cemas.

Peringatan Tentang Perasaan

  • Tak kira apa perasaan anda, anda berhak merasa begitu
  • Tak ada perasaan yang "betul" atau "salah". Perasaan itu hanya perasaan.
  • Perasaan akan timbul dan pergi begitu sahaja
  • Anda ada pilihan bagaimana anda akan mengatasi perasaan itu.
Setiap orang akan menghadapi hakikat HIV dengan caranya yang tersendiri. Anda mungkin menghadapi satu atau lebih daripada perasaan yang dibincangkan di bawah selepas diberi berita tentang penyakit HIV/AIDS. Perasaan-perasaan ini mungkin berlaku sebaik saja anda menerima berita itu atau apabila kamu dalam proses mengendalikan penyakit ini.

Penafian

Kebanyakan orang yang menerima berita bahawa mereka dijankiti HIV/AIDS akan menafikan bahawa keputusan ujian darah itu betul. Anda mungkin berpendapat bahawa keputusan ujian itu salah atau makmal cuai dan telah mencampur-adukkan keputusan ujian. Reaksi seperti ini adalah biasa dan normal.
Pada permulaannya, penafian ini mungkin membantu, ia boleh memberi masa dan peluang untuk kamu membiasakan diri dengan jankitan HIV/AIDS. Bagaimanapun, sekiranya penafian ini tidak diatasi, ia merbahaya kerana kamu mungkin tidak mengambil langkah mencegah atau meminta bantuan sokongan dan rawatan.
Adalah penting agar kamu melafaskan perasaan kamu kepada doktor atau rakan yang boleh dipercayai agar kamu mendapat rawatan dan sokongan yang diperlukan.

 Marah

Perasaan marah adalah normal dan biasa ketika menerima berita HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit bingung/marah kerana mereka ragu-ragu dari mana mereka mendapat jankitan virus HIV dan tidak mengetahui bahawa mereka pembawa virus itu.
Cara mengendalikan perasaan marah ialah
  • Bercakap tentang perasaan kamu kepada rakan, kaunselor atau kumpulan sokongan
  • Elakkan daripada bergaul dengan orang-orang yang mungkin meningkatkan perasaan marah kamu
  • Tingkatkan aktiviti2 supaya tidak terlampau memikirkan perasaan marah itu.
Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor
Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Thursday, February 13, 2014

BAHAYA ROKOK



Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin. Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung
.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
Jenama-jenama Rokok Yang Terkenal

Monday, February 3, 2014

BAHAYA ALKOHOL

Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain.
Namun bagi orang yang tinggal di daerah dingin, minuman keras kadangkala digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Disamping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.



Istilah alkohol berasal daripada bahasa Arab al-kuhol, yang bermaksud 'sesuatu yang tersembunyi' atau 'antimoni yang dipecah-pecahkan sehingga halus' yang digunakan sebagai celak. Akhirnya istilah ini memberi maksud 'bauan yang harum'. Ahli kimia Arab dipercayai pertama sekali melakukan proses penyulingan bagi menyediakan alkohol, manakala proses pembuatan minuman beralkohol yang sangat kuat melalui penapaian buah anggur pertama sekali dilakukan secara besar-besaran di Eropah pada sekitar tahun Masehi 1200.

Ramuan utama minuman beralkohol ialah etanol. Etanol ialah sejenis bahan kimia yang berupaya menekan aktiviti otak, justeru mengubah kewibawaan akal fikiran. Penggunaan alkohol secara berterusan untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan tolerans iaitu peminum terpaksa mengambil amaun yang semakin banyak bagi mendapatkan kesan yang serupa. Kesan lain ialah penagihan dari segi rohani dan jasmani.

Selepas diminum, alkohol mungkin diserap ke dalam darah melalui perut. Namun begitu, jalan utama kemasukan alkohol ke dalam darah ialah menerusi usus kecil. Alkohol erus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seleuruh tubuh. Seperti yang dinyatakan, kesa utama alkohol ialah di otak. Di sini, alkohol menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti.

Selain daripada kesan-kesan terhadap otak, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Alkohol juga menyebabkab keringsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Peminum alkohol didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

 
Bahaya alkohol juga amat ketara terhadap peminum alkohol kronik. Pengambilan alkohol secara berpanjangan boleh mengakibatkan komplikasi fizikal, kejiwaan, dan sosial. Selain daripada ulser perut, alkohol juga dikesan menyebabkan sirosis hati di Hospital Kuala Lumpur di antara tahun 1982-1988. Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah, dan ketandusan vitamin). Otot-otot, rangka, dan jantung juga mengalami degenerasi dalam jangka masa panjang.

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri. Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.


Thursday, January 16, 2014

APA ITU DADAH?


Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah Dan Anda Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa
jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang
dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan
makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Sekilas @ PPDa