Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk,
tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras
mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya.
Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain.
Namun bagi orang yang tinggal di daerah dingin, minuman keras
kadangkala digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Disamping itu, ia
juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.
Istilah alkohol berasal daripada
bahasa Arab al-kuhol, yang bermaksud 'sesuatu yang tersembunyi' atau 'antimoni
yang dipecah-pecahkan sehingga halus' yang digunakan sebagai celak. Akhirnya istilah
ini memberi maksud 'bauan yang harum'. Ahli kimia Arab dipercayai pertama
sekali melakukan proses penyulingan bagi menyediakan alkohol, manakala proses
pembuatan minuman beralkohol yang sangat kuat melalui penapaian buah anggur
pertama sekali dilakukan secara besar-besaran di Eropah pada sekitar tahun
Masehi 1200.
Ramuan utama minuman beralkohol ialah etanol. Etanol ialah sejenis bahan kimia yang berupaya menekan aktiviti otak, justeru mengubah kewibawaan akal fikiran. Penggunaan alkohol secara berterusan untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan tolerans iaitu peminum terpaksa mengambil amaun yang semakin banyak bagi mendapatkan kesan yang serupa. Kesan lain ialah penagihan dari segi rohani dan jasmani.
Selepas diminum, alkohol mungkin diserap ke dalam darah melalui perut. Namun begitu, jalan utama kemasukan alkohol ke dalam darah ialah menerusi usus kecil. Alkohol erus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seleuruh tubuh. Seperti yang dinyatakan, kesa utama alkohol ialah di otak. Di sini, alkohol menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti.
Selain daripada kesan-kesan terhadap otak, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Alkohol juga menyebabkab keringsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Peminum alkohol didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.
Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri. Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.
No comments:
Post a Comment