PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Wednesday, August 26, 2015

DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN

Panatia Bahasa Malaysia telah menganjurkan pertandingan deklamasi sajak bersempena dengan bulan kemerdekaan yang berlangsung pada hari Rabu semasa sesi gerakan kokurikulum. Seramai 20 murid daripada 10 kelab dan persatuan telah menyertai. Sajak bertemakan kemerdekaan telah disampaikan oleh murid-murid dengan penuh semangat. Salah satu sajak peserta adalah berkaitan dadah sebagai musuh negara yang perlu dielakkan bagi memastikan kemerdekaan negara ini terus kekal tanda wujudnya anasir-anasir yang dapat menjerumuskan negara ke arah kerosakan masyarakat.




No comments:

Post a Comment

Sekilas @ PPDa