Salam..buat pembaca budiman. Laman Blog saya kali ini , ingin menarik perhatian terhadap satu perasaan yang Allah kurniakan tetapi generasi kini mula tidak sedar akan keperluan MALU nya itu.Dalam mendefinasikan erti malu, ia membawa maksud segan yang mudah saya tafsirkan. Segan dalam melakukan perbuatan yang nampak jelek , segan untuk menutur kata-kata, segan untuk bertindak , melakukan , mengatakan , menyatakan atas rasa hormat , atas rasa malu perbuatan yang tidak senonoh .. malu ,segan berlebih-lebihan dalam kata-kata bimbang orang menyampah. Ini tafsiran saya...anda boleh melihat kamus dewan jika ingin mendapatkan maksudyang lebih mendalam.
Mengapa saya menafsirkan demikian,kerana generasi masa kini kurang ada perasaan malu. Malu yang bertempat . Langsung Tiada! Malah dimana-mana kita lihat di sekolah -sekolah , tempat awam, pusat pengajian tiada lagi amalan rasa malu , segan dilihat orang diamalkan. Malah dirumah malu pada ibubapa , adik-adik , abang atau kakak semakin tipis ..justeru itu , tiada perasaan hormat wujud didalam kalangan keluarga. Ini dibuktikan dengan kegiatan remaja-remaja terutama remaja sebangsa dengan saya ( Malu juga saya memperkatakan bangsa saya ) tetapi demi kebaikan..lihatlah remaja Melayu ...diluar , dimana-mana ... melepak , bergurau senda , berkumpulan lelaki dan perempuan , atas dasar kononnya sekadar berbual-bual atau berbincang . Mereka tidak malu ,segan , takut ibubapa mereka tahu kegiatan mereka ... berpunca dari apa? Mereka tiada malu dalam diri .
Inilah masalahnya..yang kurang kita ambil perhatian .Baiksesiapa saja...kerana itu , Masalah Remaja Melayu kian ketara .. Malu , hormat tidak / kurang diterapkan dalam keluarga .Perlu kerap Malu dijadikan buah mulut dalam perbualan ibubapa , keluarga ,jiran tetangga dan masyarakat . Supaya Malu ini menjadi pegangan muda-mudi seperti zaman-zaman saya erab 80 an... Tentu saya berbangga Tahun 80 an ,kami generasi moden masih terdidik dengan perasaan MAlu yang diterapkan dengan jitu dalam diri kami.
PAstinya belum terlewat jika MALU ini menjadi slogan dalam hidup "Malu Bertanya Sesat Jalan" "Malu Berkayuh Tersasar Jauh" tetapi TIdak Tahu Malu tergadai Body. Paling tepat Malulah Bertempat....
PPDa SKTS
PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.
Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.
Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.
Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment