PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Sunday, June 27, 2010

Remaja Melayu Paling Ramai Membuang Bayi

astagfirullah ..... itulah tajuk keratan akhbar Berita Mingguan bertarikh 27Jun 2010. Sedeh ..dan bimbang ... kerana kita ada anak-anak yang sedang membesar .

Terdetik dan tersentuh semoga semua anak-anak kita baik lelaki atau perempuan dijauhi dari gejala yang tidak bermoral ini.

Persoalannya ... Mengapa remaja Melayu.... Remaja Bukan Melayu Macam mana ? Ada tak kajian dilakukan ?

Yelah.. kajian dibuat ke atas remaja Melayu kerana ia sebangsa kita ...cuma memang nampak teruk perangai budak-budak Melayu.

Persoalannya kenapa Remaja Melayu begitu rendah akhlak ..? Salah Guru ? Ibubapa? Alam sekitar ?

Atau Kurangnya didikan berteraskan spritual ... , emosi ... ?

No comments:

Post a Comment

Sekilas @ PPDa