PPDa SKTS

PPDa merupakan akronim yang merujuk kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang diperkenalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di mana ia merupakan dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan isntitusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ibu dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Berdasarkan matlamat itu, SK Taman Seroja mengambil inisiatif dengan mempromosi program ini di peringkat sekolah. Melalui program ini, murid didedahkan akan bahaya najis dadah selain menerapkan amalan-amalan positif dalam kehidupan yang di sampaikan secara langsung dan tidak langsung melalui proses P&P di dalam kelas atau penganjuran program dan aktiviti yang berkaitan.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid bagi mendapatkan maklumat mengenai program ini, satu kawasan khusus telah dipilih di kawasan sekolah sebagai Lorong PPDa. Melalui lorong itu, pelbagai maklumat mengenai najis dadah, kesan dan penyalahgunaan, perkara-perkara larangan yang berkaitan dengan dadah dan seumpamanya dipaparkan untuk pengetahuan murid. Bahkan, Lorong PPDa ini pernah dinobatkan sebagai Lorong PPDa terbaik di peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2009.

Melalui program ini, diharapkan seluruh warga SKTS dapat mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mencapai visi bebas dadah pada tahun 2015 seperti mana yang disebutkan melalui Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Monday, June 21, 2010

MENGAPA REMAJA MALAYSIA KINI?

Assalamualaikum... selamat kembali memenuhi ruang masa menatap catitan saya .

Satu perkongsian kekesalan untuk dua hari ini , yang terlalu berat yang saya rasakan apabila kajian sebuah universiti tempatan menyatakan ,remaja Melayu seusia 13 tahun hingga 25 tahun terjebak dengan seks bebas dan pembuangan bayi ( 20/6/2010-Berita Harian) .Pada 21 /6/2010 Berita Harian turun memuatkan berita Remaja Melayu terlibat gejala rendah akhlak ..adalah kerana Kebebasan Berlebihan Punca Seks Bebas dan pembuangan bayi . Diakhbar yang sama komentar seorang alim ulama - dato NohGadut menyatakan ..yang terlibat seks bebas adalah mereka yang mempunyai pendidikan agama tetapi tidak sampai ke jiwa. Roh agama kurang kerana remaja tidak mendekati masjid-masjid dan surau serta majlis ilmu.

Apabila saya imbas kembali zaman kanak-kanak dan remaja... ada betulnya apabila jiwa kita di dekatkan dengan tempat dan majlis - majlis ilmu.Didikan yang di beri oleh ibubapa saya cuma membawa saya mendengar ceramah di dalam surau bersama-sama, kalau dua jam ceramah , dua jamlah saya duduk disisi emak atau abah saya. Jika ada kanak-kanak yang bermain ibubapa menarik tangan anak-anak mereka sambil sergah " duduk..duduk dengar ".Duduk lah kawan-kawan saya bersama emak mereka...tiba hidangan minum malam disediakan.. kami turut menghulur tangan menyusun piring-piring kueh...

Dalam simboliknya... itulah didikan kami dulu. Kami dibawa dan mendengar bersama-sama ... berbeza situasi sekarang , anak dibawa tetapi ada tempat untuk mereka bermain sementara menunggu ibubapa masing-masing mendengar syarahan ..time minum berduyun-duyun lah anak-anak dipanggil.Mungkin pendekatan ini berbeza zaman saya ...(tak lah sekuno mana zaman saya ..80an ..Malaysia dalam era membangun) Cuba kita fikirkan .....

Tapi diakui , saya juga turut lemah dalam mendidik tidak sebagai mana orang tua saya mendidik saya .Justeru itu kebimbangan turut dirasa kerana saya memiliki anak-anak remaja . Namun Insyaallah bekalan kami sediakan diharap dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang sejahtera. Ada betul bahawa seperti yang dikomentarkan oleh Penulis Manja Ismail Dalam Berita Harian 21 /6/10 iaitu Matlamat Pembelajaran Bukan Lulus Cemerlang ada betulnya , penumpuan kepada akademik , kecemerlangan akademik tidak menjanjikan kecemerlangan kehidupan remaja.

Saya mendidik anak-anak saya dengan IQ / EQ /SQ... (alhamdullilah , dalam bidang kaunselor didedahkan ) yang saya gunakan dalam membesarkan mereka supaya mereka mempunyai kestabilan menjadi insan .anak saya bukanlah pelajar cemerlang 5a UPSR . Bukan Cemerlang PMR dan SPM tetapi mereka merupakan pelajar-pelajar yang aktif dalam sukan dan kokurikulum. Sentiasa terlibat dalam Program-program melibatkan kepimpinan / berbahas /Kem-kem motivasi /Sebagai fasilitator / Perkhemahan/ Sukan Daerah dan Negeri.. sentiasa menjadi kepercayaan guru - guru dan rakan-rakan dan mereka sentiasa diberi kepercayaan memimpin unit, majlis keagamaan dan memimpin rakan-rakan sekolah yang mana anak saya diberi jawatan Ketua Pelajar .Malah anak saya yang perempuan juga berganding bahu dengan abangnya membantu pengurusan sekolah .Alhamdullillah .

Apa yang saya ingin kongsikan dalam mendidik anak-anak menempuh masa remaja , roh jiwa pendidikan tidak hanya dengan akademik cemerlang..tetapi sahsiah , adab budaya , tahu malu dan segan , tahu tanggung jawab dalam rumah / TANGGUNG JAWAB KEPADA YANG ESA & TANGGUNG JAWAB PENGURUSAN KELUARGA , tanggung jawab kepada adik beradik , hormat dan wajib mendengar kata perlu dalam asuhan minda anak-anak. Mungkin anak saya akan merasa kehidupan mereka semasa remaja tidak seperti kawan-kawan yang lain menikmati kehidupan sosial , menikmati pemakaian baju beraneka fesyen ... tetapi jelas Mereka perlu akur pakaian dan pergaulan , masa keluar dan masuk rumah yang perlu mereka patuhi itu amat saya tekankan. Mungkin dalam hati mereka kecewa tetapi saya pasti mereka akan gembira kerana mereka tahu menilai erti kehidupan yang berlandaskan agama dan peraturan keluarga demi kebaikan mereka .Insyaallah.

Jelas isu negara sekarang adalah berpunca dari dalam rumahtangga..peranan ibubapa mengetahui jadual pergerakan pergaulan anak-anak , batasan perhubungan dengan rakan amat perlu dititik beratkan disamping tidak melupakan PERKARA YANG WAJIB TERHADAP ALLAH.

Justeru artikel artikel yang saya kumpul sebagai bahan rujukan Masalah Remaja Masa Kini , perlu ditangani bersama oleh segenap lapisan.. Usah dibiarkan kemajuan merentasi akhlak tetapi biarlah Akhlak Mendahului kemajuan... supaya kita tidak ditimpa musibah... sekecil kecil musibah anak yang kita pelihara sudah pandai bercakap lucah... perlu diberi perhatian. Sama-samalah kita sebagai ibu bapa, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang atau masyarakat sentiasa mengutamakan batasan kehidupan...(saya juga mengingatkan diri saya ... amin)

Insyaalah jika ada masa terluang , akan saya kongsikan secara ilmiah pendapat-pendapat dan dapatan dapatan kajian. Untuk kali ini marilah kita sama-sama membukaminda.

No comments:

Post a Comment

Sekilas @ PPDa